Posts

CARA PENANAMAN

PEMBAJAAN DAN PENGAPURAN Tanaman limau memerlukan pembajaan yang teratur dan sempurna untuk mendapatkan hasil yang maksima dan berkualiti. Tanaman limau memerlukan baja hanya selepas ia mula tumbuh. Baja semburan boleh disembur tiga atau empat kali setahun. Keadaan tanah yang berasid menyukarkan penyerapan elemen-elemen seperti boron (B) dan mengnesium (Mg) oleh akar tanaman limau. Keadaan tanah yang kurang baik dan kadar larut resap yang tinggi menyebabkan penggunaan baja dalam kualiti yang besar. Bagi kompaun (15:15:15) dan 12:12:17 + TE) boleh diberi pada kadar 3 atau 4 kali setahun, berdasarkan umur pokok limau. Disamping itu, tanaman limau juga memerlukan pengapuran (magnesium limestone) dan kadarnya berdasarkan kepada umur pokok limau tersebut. Selain baga kompaun dan pengapuran, tanaman limau juga memerlukan baja organik seperti tahi ayam pada kadar 2-4 kg/sepokok/setahun. Umur pokok  (tahun) Baja Kompaun NPK (15:15:15) (g) Magnesium Limestone (g)  1 133 20  2 326 ...

KAEDAH PENGAWALAN

Image
Program kawalan yang disyorkan adalah berbentuk kawalan bersepadu yang merangkumi tiga aspek penting: iaitu penggunaan bahan tanaman yang bebas daripada penyakit, kawalan punca penyakit dan kawalan serangga pembawa penyakit. Langkah-langkah kawalan adalah seperti berikut:- Gunakan bahan-bahan tanaman yang bebas daripada penyakit  Pemeriksaan tanda-tanda penyakit Perhatikan tanda-tanda penyakit dan tandakan pokok yang berpenyakit serta pokok-pokok di dalam lingkungan 30 meter di sekeliling pokok yang berpenyakit tersebut. Kawalan Punca Penyakit: (Gambar contoh penyakit Keruping) Cantas ranting yang menunjukkan tanda penyakit dan rawat bahagian yang dicantas dengan racun kulat yang sesuai. Ranting yang telah dicantas dan semua buah dari pokok yang berpenyakit hendaklah dimusnahkan dengan membakar atau menanam sedalam tidak kurang daripada satu meter. Jika serangan teruk, pokok limau yang berpenyakit hendaklah ditebang dan dibakar atau ditanam. Langkah ini dapat menghalang peny...

PENGENALAN

Image
Limau merupakan pokok buah-buahan yang berdaun sepanjang tahun dan bersaiz kecil hingga ke sederhana. Pokok limau mengeluarkan banyak cabang dan ranting, mempunyai tabiat pertumbuhan dahan dari menegak hingga melempai dan kanopi berbentuk bulat hingga ke bujur. Pokok limau mempunyai sistem perakaran akar tunjang. Varieti limau mandarin mempunyai daun berbentuk 'lanceolate/oblong' dengan tiada pembentukan kepak (wing) di tangkai daun. Pada kebiasannya daun berwarna daripada hijau muda ke hijau tua. Pada bahagian daun, terdapat kelenjar-kelenjar minyak (oil glands) yang mengeluar aroma yang menarik apabila dilipat atau diramas. Pokok yang dibiak secara tampang mula berbunga antara 2-3 tahun selepas ditanam. Bunga terbentuk secara satu-satu atau secara jejambak di celah-celah tangkai daun pada ranting-ranting muda. Kebiasaannya bunga mengeluarkan bau yang harum. Bunga mempunyai 5 kelopak yang berasingan, berwarna putih dan terletak di atas kalik. Stamennya yang banyak dan b...

BIODATA KUMPULAN

Image
Sebelum kami menerangkan khasiat dan cara penanaman limau madu, kami ingin menceritakan sedikit tentang latar belakang kami. Kumpulan kami terdiri daripada 3 orang ahli iaitu Zarifah, Miza Afrina dan Syaqilah. Kami pelajar dari Politeknik Jeli, Kelantan dalam kursus Diploma Agroteknologi. Kami ingin perkenalkan setiap ahli kami: Nama: NURZARIFAH BINTI ZULKEPLE Tempat Lahir: HSNZ KUALA TERENGGANU Umur: 19 Kemahiran&Minat: MAKEUP CREEPY HORROR Huraian:  Merupakan mahasiswi di Politeknik Jeli, Kelantan didalam bidang Diploma Agroteknologi dan sedang berada disemester 2 daripada 6 semester. Nama: MIZA AFRINA BINTI MUAIZAM Tempat Lahir: HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN KUANTAN, PAHANG Umur: 19 Kemahiran&Minat: MEMASAK, MENYANYI DAN SUKA MEMBACA TENTANG FAKTA SERAM DAN SEJARAH DUNIA Huraian:   Merupakan mahasiswi di Politeknik Jeli, Kelantan didalam bidang Diploma Agroteknologi dan sedang berada disemester 2 daripada  6 semester...