PENGENALAN
Limau merupakan pokok buah-buahan yang berdaun sepanjang tahun dan bersaiz kecil hingga ke sederhana. Pokok limau mengeluarkan banyak cabang dan ranting, mempunyai tabiat pertumbuhan dahan dari menegak hingga melempai dan kanopi berbentuk bulat hingga ke bujur. Pokok limau mempunyai sistem perakaran akar tunjang.
Varieti limau mandarin mempunyai daun berbentuk 'lanceolate/oblong' dengan tiada pembentukan kepak (wing) di tangkai daun. Pada kebiasannya daun berwarna daripada hijau muda ke hijau tua. Pada bahagian daun, terdapat kelenjar-kelenjar minyak (oil glands) yang mengeluar aroma yang menarik apabila dilipat atau diramas.
Pokok yang dibiak secara tampang mula berbunga antara 2-3 tahun selepas ditanam. Bunga terbentuk secara satu-satu atau secara jejambak di celah-celah tangkai daun pada ranting-ranting muda. Kebiasaannya bunga mengeluarkan bau yang harum. Bunga mempunyai 5 kelopak yang berasingan, berwarna putih dan terletak di atas kalik. Stamennya yang banyak dan bercantum dipangkal biasanya berwarna puteh dengan hujungnya (anther) berwarna kuning. Stigma pula berwarna hijau kekuningan dan mempunyai stil yang sama panjang dengan stamen dan kedua-dua stamen dan stil terdapat di dalam kuntum bunga.
Pendebungaan pokok limau berlaku secara pendebungaan sendiri. Agen pendebunga ialah serangga seperti kutu trip, hamama dan lebah madu. Angin juga membantu proses pendebungaan pokok limau. Stigma bunga berupaya menerima debunga antara 1-3 hari sebelum antesis dan antara 6-8 hari selepas antesis. Enam hari selepas proses pendebungaan, semua bahagian bunga akan luruh kecuali ovari dan stil. Ovari akan mula membesar dan stil mulai kering bermula dari bahagian stigma (101-5 hari selepas antesis).
Biji limau boleh mengeluar 2 hingga 5 anak benih dan salah satu daripada anak benih tersebut terbentuk melalui proses seksual (lihat maksudnya) manakala yang selebihnya dihasilkan melalui proses aseksual (necellar embryo).
KHASIAT LIMAU MADU
- Membatu sistem Penghadaman
Serat yang terdapat di dalam limau, boleh dimanfaatkan untuk membantu melancarkan sistem penghadaman anda . - Membantu Selera Makan
Jika ada anak anda atau anda sendiri yang merasa kurang memiliki nafsu makan, anda boleh memanfaatkan buah limau sebagai penambah nafsu makan. - Meningkatkan Daya Tahan Tubuh
Vitamin C yang terkandung di buah limau, biasa membantu untuk meningkatkan daya tahan tubuh dan menjauhi segala penyakit yang akan menyerang tubuh anda termasuk menjaga dan mencantikkan kulit anda. - Mencegah Kanser
Beberapa penelitian banyak membuktikan buah limau memang banyak manfaatnya, salah satunya di Australia, mereka meneliti limau ternyata mampu mencegah kanser karana limau yang kaya dengan vitamin C. - Sumber Potasium
Potasium yang terkandung di dalam limau, dinyatakan mampu untuk membantu menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu kesehatan tubuh yang lainnya terutama jantungdisamping berperan untuk menghindari osteoporosis. - Menghilangkan Sariawan (alser)
Rasa yang sedikit asam dari lmau, dapat membantu untuk menyembuhkan penderita yang sedang sariawanan (alser).
- Mencegah Diabetes
Serat yang terdapat pada buah limau, mengandung fruktosa yang dapat memantu menurun dan mensetabil kadar gula dalam darah.
Comments
Post a Comment